GUNUNG SEMANGKUK SELANGOR VIA FRASER\'S HILL 18 - 20 March 2023
XPDC Gunung Semangkuk Selangor 18-20 Mac 2023. Video Rasmi Xpdc Released! Sebuah perjalanan pendakian yang panjang menyaksikan puncak Gunung Semangkuk berjaya ditawan oleh peserta xpdc ini. Selain itu xpdc ini turut merakamkan momen indah peserta menawan puncak Pine Tree serta Twin Peak. Pelbagai kenangan pahit manis tercipta sepanjang xpdc ini berlangsung. Video rasmi ini agak panjang kerana sememangnya jarak pendakian ke puncak Gunung Semangkuk yang amat jauh dari garisan permulaan. Momen pendakian dirakamkan oleh Ali Elias dari awal pendakian, ke puncak Pine Tree serta Twin Peak, Kem Sg Merah, Helipad serta puncak Gunung Semangkuk dan kembali semula ke starting point. Buat kesemua peserta dan anda semua enjoy the video.
Expedisi Gunung Semangkuk Selangor Via Fraser’s Hill
18 – 20 March 2023
XPDC Pendakian Gunung Semangkuk Selangor Via Fraser’s Hill 18-20 March 2023.
XPDC yang bukan beshe beshe. Perjalanan peserta menuju ke Kem Sungai Merah dihari pertama XPDC bukanlah satu perjalanan yang mudah. Dengan keadaan trek seperti roller coaster serta membawa “load” yang berat, kekuatan fizikal dan mental tidak cukup untuk membawa mereka ke Kem Sungai Merah. Mereka memerlukan satu lagi tenaga iaitu keinginan untuk mencapai matlamat XPDC menawan puncak Gunung Semangkuk.
Dua puncak wajib di tawan sebelum menuju ke Kem Sungai Merah iaitu Puncak Pine Tree serta Puncak Twin Peak. Tahniah kepada kesemua peserta yang berjaya melepasj ujian hari pertama XPDC menuju ke Kem Sungai Merah.Korang memang merecik hawau.