VIA FERRATA PULAU TUBA LANGKAWI 7~9 December 2019

Brahim’s Outdoor Via Ferrata Pulau Tuba, Langkawi
7-9 December 2019

Text content

ferratalangkawi5

Brahim’s Outdoor- Expedisi Via Ferrata Pulau Tuba Langkawi –
7-9 December 2019.

XPDC penutup Brahim’s Outdoor 2019 melabuhkan tirainya dengan penuh bergaya.  XPDC yang menampilkan beberapa disiplin lasak seperti via ferrata, high element, rock climbing, flying fox dan abseiling ternyata menjadi kenangan terindah buat kesemua 40 peserta yang menyertainya. Keindahan panorama di Pulau Tuba yang merupakan perkampungan nelayan melayu di Langkawi menambah seri XPDC kali ini. Brahim’s Outdoor ternyata berada dalam kelas yang tersendiri dalam menjayakan aktiviti outdoor.

Hidangan istimewa daripada produk Brahim’s juga tidak lupa disediakan.

ferratalangkawi9
ferratalangkawi10
78122098_745794335902949_6991888286063001600_n

 

High Element satu lagi disiplin yang cukup mengujakan para peserta.  Aktiviti meniti seutas tali yang direntang antara 2 pokok pada ketinggian lebih 15 meter sejauh hampir 50 meter sememangnya membuat debaran kencang di dada setiap peserta. Apa pun tahniah kepada kesemua peserta yang berjaya melepasi cabaran ini.  Dah macam atlet Gimnastik! 

ferratalangkawi1
ferratalangkawi2
79090090_745787729236943_1554123689740468224_n

 

Rock Climbing antara disiplin yang mencabar kekuatan fizikal seperti tangan..kaki peserta untuk melonjakkan diri untuk tiba ke puncak yang ditetapkan. Walau pun tidak semua berjaya dalam disiplin ini, namun sikap ingin mencuba serta tidak putus asa memberikan satu pengalaman baru khususnya untuk yang pertama kali menyertai aktiviti rock climbing.

ferratalangkawi6
ferratalangkawi8
78070101_745663355916047_6748751742214602752_n
_1060212 copy
_1060244 copy
_1060545 copy

 

Via Ferrata aktiviti merentasi cerun curam yang tinggi di tepi pantai memerlukan tahap kesabaran dan disiplin yang tinggi selain melawan ketakutan dalam diri.  Ternyata kesemua peserta berjaya melalui disiplin ini.  Pengalaman yang mengujakan dengan barisan crew dan peserta yang sporting dan dedikasi. 

ferratalangkawi3
a6ca4161-ed42-41b5-bd89-2e51a7e2cb46
027dd81d-ab30-4113-b84c-337d72589ab7