HATI KAMPUNG, KG SG BULUH JELEBU 17~19 February 2020

Brahim’s Outdoor Hati Kampung, Kg Sg Buluh Jelebu 
17-19 February 2020

HK3

Brahim’s Outdoor- Expedisi Hati Kampung Kg Sg Buluh, Jelebu Negeri Sembilan
17-19 Januari 2020

Credit: Ana Man

Riuh rendah kampung Sg Buluh, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan dibuatnya.   Program anjuran Brahim’s ni lain dari yang lain.  Kali ini kita tidak daki gunung tapi main lumpur bendang.  Macam-macm games ada – bola sepak (lelaki), bola baling (perempuan), lari ikat kaki, lari sarung pelikat, jalan sambil tutup mata cari partner lepas itu tiup belon sampai pecah.  Paling ‘excited’ kejar, tangkap ikan dalam bendang (mengoca ikan), sampai pewai ikan..hahahaaa. 

Kanak-kanak pun ada games mereka, dekat laman kampung pulak.  Ada acara tarik upih, galah panjang, tangkap ayam.  Ada jugak ayam yang serah diri, malas nak lari.  Bukan itu saja.  Nostalgia betul bila dapat makan berhidang dalam talam – menu ikan keli salai masak lemak dengan pisang muda, masak lemak daging salai, lauk kenduri pun ada – kari daging, ayam masak merah, dalca, acar buah semuanya guna pes Brahim’s.  Mudah dan cepat sangat nak masak.  Sekarang ni dah ada paste dalam pek 1kg, sesuai untuk masak kenduri.  Haah… apa lagi..moh kita shopping produk Brahim’s.  Selain dekat pasaraya, sudah ada jual di Shopee dan Lazada.

Terima kasih kepada kru bertugas yang bekerja dari pagi sampai malam – angkat hidang, basuh pinggan, memasak, hidupkan kayu api maklumlah  masak pakai dapur kayu api.. itu yang sedap sangat masakan tu..sampaikan makan bertambah-tambah. Apatah lagi bila hidang dalam pinggan lama corak bunga hitam & merah jambu.  Makan dengan penuh bergaya tau!  Yang perempuan comel aja pakai kain batik dipadankan dengan kurung kedah, yang lelaki pakai kain pelikat dengan tshirt pagoda.  Tak cukup dengan tu…malam pula ada joget lambak….terus akak teringat zaman budak-budak dulu..sempat lah tengok joget lambak masa kenduri kawin. 

Pihak Brahim’s juga tidak lupa menyantuni golongan asnaf di Kg Sg Buluh Jelebu dengan sumbang wang serta barangan dapur.  Dato’ Seri Ibrahim dan Puan Fatin turut hadir untuk menyampai sumbangan dan memeriahkan lagi program ini.

Best betoi program ini!

HK16
HK18
HK4
HK1
HK13
HK21
HK
HK2
HK8
HK11
HK10
HK5
HK7
HK17
Hati Kampung Jelebu
Hati Kampung Jelebu
HK12
HK19
HK14
HK6
HK20
HK15
HK9