GUNUNG BAHA AYAM CHE TAHIR (BACTI) KELANTAN 26~28 October 2019

Brahim’s Outdoor Gunung Baha, Ayam, Che Tahir (BACTI) Kelantan Expedition 
26-28 October 2019

BACTI10

Brahims Outdoor – XPDC Pendakian Gunung Baha Ayam CheTahir (BACTI) Kelantan 26-28hb October 2019.

Sebuah lagi episod pendakian yang memberi pengalaman tersendiri dalam menawan ketiga tiga puncak menggunakan laluan pendakian baru yang amat mencabar fizikal dan mental kesemua 35 peserta. Keindahan flora dan fauna, keunikan taman bonzai serta air terjun Sg Batu yang tersergam indah meninggalkan satu kesan abadi dalam jiwa setiap peserta. Sebuah lagi koleksi pendakian gunung bersama Brahim’s tersemat erat di lubuk hati paling dalam.

Keindahan Taman Bonzai yang cukup memukau pandangan mengisi sebahagian besar masa pendakian dari puncak Gunung Ayam menuju ke Gunung Che Tahir.  Suatu pengalaman baru buat kesemua peserta yang teruja dengan keindahan taman bonzai ini.

Tiada kata secantik bahasa untuk digambarkan keindahan dan keunikan air terjun Sg Batu Dabong Kelantan dimana terletaknya Brahim’s Campsite yang menawarkan terapi minda dan jiwa penuh ketenangan tatkala menyaksikan terbitnya mentari pagi di ufuk timur dan tenggelamnya mentari di kaki langit. Satu nikmat yang diberi percuma oleh yang Maha Esa untuk kita syukuri. 

BACTI8
BACTI9
BACTI6
BACTI7
BACTI4
DSC_1738
BACTI2
BACTI11
BACTI3
BACTI5
BACTI12
DSC_2091
DSC_1432
DSC_1418
DSC_1594
DSC_1469
DSC_1504
DSC_1748
DCIM100GOPROGOPR2610.JPG