GUNUNG BEREMBUN TELAPAK BURUK, NEGERI SEMBILAN 8 August 2020

Brahim’s Outdoor Gunung Berembun Telapak Buruk, Negeri Sembilan
8 August 2020

Brahims Outdoor Adventure Team (BOAT): XPDC Pendakian Gunung Berembun Negeri Sembilan pada 8 Ogos day hike melabuhkan tirai dengan jayanya! XPDC Brahims Outdoor yang ketiga untuk tahun 2020 ini menampilkan kekuatan pendaki seramai hampir 80 peserta yang rata-ratanya teruja dengan perjalanan XPDC penuh tertib serta penuh keceriaan. Satu lagi memori indah terpahat buat semua peserta.





















XPDC Dayhike ini menjadi lebih sempurna dengan kehadiran “ration Brahim’s”! Bubur Lambuk dan Bubur Ayam sedia dimakan Brahim’s antara yang menjadi kegemaran peserta-peserta XPDC kali ini selain Nasi Goreng Kampung dan Daging Masak Hitam. Brahims amat menjaga “perut” kesemua peserta dengan memastikan makanan yang cukup, berkhasiat, penuh nutrisi dan terbaik buat semua sepanjang XPDC berlangsung.



Tidak lengkap XPDC Brahim’s rasanya tanpa majlis beramah mesra dan sesi kekeluargaan sesama peserta. Oleh itu para peserta XPDC Gunung Berembun Negeri Sembilan baru-baru ini telah diraikan dalam satu majlis makan malam BBQ kambing bakar yang diperap bersama Kuah Ayam Madu berserta Ayam Tandoori Brahim’s dan beberapa menu yang lain semasa di Hartini Homestay!





