Brahimsfood
  • About Us
  • Products
  • Brahim’s Foodie
  • News
    • InTouch Newsletter
  • Press Coverage
  • Brahim’s News Channel
  • Brahim’s Outdoor
  • Brahim’s Cooking@Schools
  • Contact Us
JB roadshow
January 2 2018

Jelajah Brahim’s dapat sambutan warga Singapura

Consumers

JOHOR BAHRU 2 Jan. – Brahim’s Dewina Hol­dings Sdn. Bhd. (Dewina) optimis siri jelajah terakhirnya di negeri ini bukan sahaja mampu mempromosikan lagi rangkaian produk Brahim’s dalam kalangan warga bandar raya ini, malah juga pengunjung dari Singapura.

Pengarah Urusan Brahim’s Dewina Group of Companies, Nur Fatin Ibrahim berkata, siri jelajah yang diadakan selama tiga hari bermula baru-baru ini di Angsana Johor Bahru Mall, di sini telah mendapat sambutan menggalakkan termasuk dari warga republik berkenaan.

“Ini merupakan siri jelajah keempat dan terakhir pada tahun 2017 selepas Pulau Pinang, Subang Jaya serta Kuantan dan sambutan di setiap lokasi adalah sangat baik.

“Istimewanya di sini, kami bukan sahaja dapat memperkenalkan kesemua 41 rangkaian produk Brahim’s kepada penduduk tempatan, malah juga warga Singapura yang gemar membeli-belah di bandar raya ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Nur Fatin berkata, siri jelajah di negeri ini turut digunakan sebaiknya untuk memperkenalkan kesemua produk Brahim’s kepada warga Singapura memandangkan setakat ini hanya 12 jenis kuah masakan keluaran Brahim’s dipasarkan di negara jiran itu.

“Antara rangkaian produk Brahim’s yang kami promosikan di sini termasuk pek makanan kembara  yang baharu dilancarkan pada 20 Disember lalu di ibu negara dan turut diterima baik pengguna terma­suk dari Singapura.

“Kita yakin produk Brahim’s se­perti sos sedia dimasak dan nasi sedia untuk dimakan ini akan diterima baik oleh pengguna termasuk ibu bapa yang bekerja di bandar raya ini dan di Singapura,” katanya.

Menurutnya, sempena jelajah itu yang merupakan sebahagian daripada aktiviti Brahim’s me­raikan sambutan ulang tahun ke-30, De­wina turut menjalankan de­mons­trasi masakan di samping me­ngadakan kuiz dan cabutan bertuah kepada pe­ngunjung.

Pihaknya bercadang untuk meneruskan siri jelajah itu pada masa akan datang kerana dilihat dapat memberi impak positif dalam pemasaran rangkaian produk Brahim’s di negara ini.

Source:  Utusan Online

Brahim’s Roadshow in Johor Bahru Xpedisi #2 Gunung Berembun, Negeri Sembilan

Related Posts

FB POST WINNERS CONTEST8

Consumers, Products

#BrahimsFoodContest8~ winning photos

FB POST CONTEST8

Consumers, Products

#BrahimsFoodContest8

FB POST WINNERS CONTEST7 copy

Consumers, Products

#BrahimsFoodContest7 ~ winning photos

FB POST CONTEST7

Consumers, Products

#BrahimsFoodContest7

brahims shoppe year end sale 2018

Consumers, Products

Brahim’s Shoppe Year End Sale 2018

roadshow jb

Business, Consumers

Brahim’s Anyone Can Cook Roadshow Johor Bahru 28-29 December 2018

FB POST WINNERS CONTEST6

Consumers, Products

#BrahimsFoodContest6 ~ winning photos

raja lawak csr

Consumers, Corporate Social Responsibility

Brahim’s Sumbang Adventure Pack Kepada Super Lawak FC ke Jepun 28 November 2018

MINISTER AT MAC

Business, Consumers

Entrepreneur and Co-operative Development Minister Luncheon at MAC Tokyo 26 November 2018

Recent Posts

  • IMG_2546Xpedisi #25 Berakit Ke Langit, Jelebu Negeri Sembilan
  • 119470268_955083311640716_944621619670166534_nXpedisi #24 Gunung Bujang Melaka, Perak
  • gunungberembuntelapakburukXpedisi #23 Gunung Berembun Telapak Buruk Negeri Sembilan
  • 6Attachment-2 R1Rojak Brahim’s Kuah Satay
  • stong6Xpedisi #22 Gunung Stong Kelantan

Archives

  • Home
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
Copyright @ Brahim's 2020