Anugerah Uswatun Hasanah Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UKM
Pada 29 Oktober 2024, Dato’ Seri Ibrahim Hj Ahmad telah menerima Anugerah Uswatun Hasanah Uthman bin Affan di atas sumbangan yang signifikan kepada hal ehwal Islam universiti dan Masjid Universiti. Anugerah ini telah disampaikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, (DECTAR UKM). Tahniah kepada Dato’ Seri Ibrahim!