Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Brahim’s Dewina dan Pelancaran Program ‘Biasiswa Pendidikan Brahim’s’ Untuk Anak-Anak Wargakerja Kumpulan Brahim’s Dewina
Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Brahim’s Dewina dan Pelancaran Program ‘Biasiswa Pendidikan Brahim’s’ Untuk Anak-Anak Wargakerja Kumpulan Brahim’s Dewina di bawah Program CSR #BrahimsCares selesai berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2024.
Di majlis ini juga Dato’ Seri Ibrahim Hj Ahmad, Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Syarikat Brahim’s Dewina telah melancarkan Program Biasiswa Pendidikan Brahim’s untuk anak-anak wargakerja Brahim’s Dewina melalui #BrahimsCares. Program Biasiswa Pendidikan Brahim’s ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Biasiswa Yuran Pengajian dan Bayaran Pendahuluan Yuran Pengajian. Terma & Syarat Permohonan & Kelayakan akan diumumkan oleh pihak Sumber Manusia Brahim’s pada akhir Jun 2024.
Puan Nur Fatin Dato’ Seri Ibrahim, Pengarah Kumpulan Brahim’s Dewina Holdings Sdn Bhd juga turut hadir bersama pada majlis pelancaran Program Biasiswa Pendidikan Brahim’s.
Dato’ Seri Ibrahim berkata, “Untuk tahun ini sudah tiba masanya pihak syarikat melihat kebajikan pekerja kami terutamanya mengenai bantuan pengajian anak-anak mereka. Oleh itu, kami mewujudkan “Program Biasiswa Pendidikan Brahim’s untuk Anak-anak Wargakerja Brahim’s Dewina” ini dengan harapan dapat meringankan sebahagian daripada beban wargakerja kami.”
Tidak dilupakan juga pihak Brahim’s Dewina telah meraikan seramai 45 anak-anak daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang dan 16 anak-anak daripada Rumah Kanak-Kanak Angels Kuala Lumpur dan mereka juga menerima ‘duit raya’.
TYT Melaka, Tun Jeanne, YAM Tunku Besar Tampin dan ramai lagi jemputan kenamaan turut hadir dimajlis ini. Tidak ketinggalan juga semua wargakerja dan Ketua-Ketua Jabatan Kumpulan Brahim’s Dewina dan keluarga mereka turut hadir.