Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan dan Sg Sekamat, Kajang
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan dan Sg Sekamat, Kajang.
Sempena Ramadan ini, Kumpulan Brahim’s Dewina telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama 45 orang anak-anak yatim daripada Rumah Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan dan Sg Sekamat, Kajang pada hari Khamis, 21 Mac 2024.
Disamping meraikan anak-anak yatim dengan juadah berbuka puasa, mereka juga diberi sumbangan duit raya oleh Dato’ Seri Ibrahim Hj Ahmad. Bacaan yasin, doa selamat, solat berjemaah serta jamuan berbuka puasa juga diadakan.
Wargakerja dan wakil pengurusan Brahim’s Dewina juga turut hadir di majlis ini.