Rezeki untuk di kongsi
Alhamdullilah hari ini kami terus menerima sumbangan dari rakan strategik Kumpulan Brahim’s Dewina untuk diagihkan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan sekitar Wilayah Persekutuan.
Sebanyak 30 kotak makan ‘ready to eat’ disumbangkan seperti Bubur Lambuk, Rendang, Pulut Kuning, Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol disumbangkan kepada JAWI Food Bank.
Simbolik penyerah sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainuddin, Pengarah Pentadbiran & Kewangan Dewina Holdings Sdn Bhd kepada En. Shahril Mohamad, Penyelia JFB.
Terima kasih kepada Brahims atas sumbangan ini.
“Anda Sumbang , Kami sampaikan”