Xpedisi #39 Gunung Semangkuk Selangor Via Fraser’s Hill
XPDC Pendakian Gunung Semangkuk Selangor Via Fraser’s Hill 18-20 March 2023.
XPDC yang bukan beshe beshe. Perjalanan peserta menuju ke Kem Sungai Merah dihari pertama XPDC bukanlah satu perjalanan yang mudah. Dengan keadaan trek seperti roller coaster serta membawa “load” yang berat, kekuatan fizikal dan mental tidak cukup untuk membawa mereka ke Kem Sungai Merah. Mereka memerlukan satu lagi tenaga iaitu keinginan untuk mencapai matlamat XPDC menawan puncak Gunung Semangkuk.
Dua puncak wajib di tawan sebelum menuju ke Kem Sungai Merah iaitu Puncak Pine Tree serta Puncak Twin Peak. Tahniah kepada kesemua peserta yang berjaya melepasj ujian hari pertama XPDC menuju ke Kem Sungai Merah.Korang memang merecik hawau.
Read more…