Xpedisi #30 Gunung Sarut Terengganu
XPDC Gunung Sarut Terengganu 26-28 Mac 2022.
Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta XPDC Brahim’s Outdoor yang berjaya menawan puncak Gunung Sarut setinggi 1229 meter.
Sebuah lagi XPDC anjuran Brahim’s Outdoor yang sarat dengan pelbagai kenangan manis yang tercipta sepanjang XPDC berlangsung.
Keindahan dan keajaiban blue pool, keseronokan sepanjang pendakian ke puncak hinggalah kepada pelbagai makanan enak yang disediakan oleh Brahim’s Outdoor menjadikan XPDC ini sempurna.
Terima kasih kepada kesemua peserta yang turut serta dalam XPDC ini.