Xpedisi #17 Pulau Perhentian Terengganu
Seramai 60 peserta Brahim’s menawan segenap penjuru bumi Pulau Perhentian di darat mahu pun di lautan. Kenangan terindah dalam sebuah keluarga besar Brahim’s penuh dengan kasih sayang mengisi setiap inci bumi Perhentian yang di lawati..menyimpan erat jauh di lubuk hati paling dalam kenangan terindah ini buat selamanya.
Pendaftaran peserta serta rakan media yang akan menaiki bas untuk ke XPDC Pulau Perhentian bermula jam 6.30ptg pada hari Jumaat 20 September. Sebahagian lagi mendaftar di Kuala Besut pada pagi Sabtu. Pelepasan dari HQ Brahim’s disempurnakan oleh Puan Nur Fatin Dato’ Seri Ibrahim Pengarah Urusan Kumpulan Dewina.
Aktiviti hari pertama XPDC ini merangkumi menaiki ferry dari Kuala Besut ke Teluk Keke, penyediaan khemah di Kem site Teluk Keke, Trekking di Teluk Keke-Awana, Trekking di Kincir Angin (Long Beach).
Aktiviti hari kedua pula adalah snorkelling aktiviti di Pulau Rawa, dan pada petangnya ada acara pertandingan Beach Volleyball & Beach Soccer.
Semua peserta XPDC dibekalkan dengan Brahim’s All Day Adventure Pack Chicken dan Beef Set. Empat hidangan istimewa turut disajikan buat semua sebagai makanan tambahan..Grilled Lamb yang diperap menggunakan Kuah Ayam Madu, Shell Out seafood menggunakan Kuah Kari Daging & Sambal Tumis Brahim’s. Lontong menggunakan Kuah Masak Lemak Brahim’s dan sajian Mee Goreng menggunakan Kuah Sambal Tumis Brahim’s