Pembukaan Dapur Brahim’s di Kafeteria Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Pada 23 Oktober 2023, Dapur Brahim’s telah berkembang dengan pembukaan sebuah lagi kafeteria bagi Commercial Division di Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kwasa Damansara Shah Alam, Selangor.
Dapur Brahim’s menyediakan kepelbagaian dalam menu harian yang menarik untuk sarapan pagi dan makan tengahari bagi para kakitangan dengan anggaran lebih 4000 pax sehari. Sepanjang operasi ini berjalan, Dapur Brahim’s turut menarik perhatian pelawat luar yang datang berurusan di Pejabat Urusan KWSP. Maklum balas positif juga diterima daripada pihak pengurusan tertinggi KWSP dimana khidmat katering Dapur Brahim’s menjadi pilihan untuk servis sajian ketika majlis – majlis mesyuarat berlangsung. YBhg Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi, Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd telah membuat kunjungan pada hari pertama operasi kafeteria tersebut bagi meninjau perjalanan operasi Dapur Brahim’s.