XPDC Jom Raya Bersama Jelebu Negeri Sembilan
Penutup Syawal yang sungguh meriah serta padat dengan suasana kekeluargaan yang di sambut penuh gembira.
Sebahagian momen yang sempat di rakam di saat peserta Brahims Outdoor dan penduduk kampung bersatu merewang menyiapkan pelbagai juadah raya untuk sambutan hari raya.
Wajik, dodol, mengemping, bahulu serta lemang dimasak secara tradisional menyingkap nostalgia lama buat sebahagian peserta yang telah pun menginjak usia remaja purba dan pengalaman berharga buat anak-anak remaja tik tok.
Mendaki Bukit Batu Beras mengisi aktiviti slot pagi Ahad 21 Mei 2023 buat kesemua peserta Brahim’s Outdoor. Ceria..gembira dan seronok mendaki santai dihari terakhir XPDC sebelum kembali ke destinasi masing-masing.