PM Mencuba Menu Siswa Rahmah
17 March 2023
PM YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencuba Menu Siswa Rahmah bersama mahasiswa yang baru dilancarkan dengan initiatif Desatera Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Brahim’s Dewina dan UKM dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Cafe Randau Rasa UKM yang kini ditawarkan pada harga serendah RM3.50.
PM juga menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi bersama mahasiswa.
Beliau amat berharap inisiatif murni ini dapat memanfaatkan kalangan pelajar dan mahasiswa di seluruh negara.