Majlis Penyerahan Sumbangan Kurma Dan Air Mineral Kepada Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sumbangan Kurma dan Air Mineral ini telah dilakukan oleh pihak Kumpulan Brahim’s Dewina hampir setiap tahun.
Tahun ini merupakan tahun ke 3 pihak Kumpulan Brahim’s Dewina bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan KL (JAWI).
Pada tahun ini, sekali lagi kami akan memberikan sumbangan kurma Ajwa dan air mineral kepada lebih kurang 80 buah masjid yang berada di bawah seliaan JAWI.
Lebih kurang 241 karton kurma ajwa dan 800 karton air mineral telah diperuntukkan untuk program ini.
Sebagai tanda simbolik, Puan Nur Fatin menyerahkan Kurma Ajwa kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan KL, YBhg Datuk Haji Mohd Ajib Ismail di Pejabat Urusan Dewina Holdings Sdn Bhd di Bandar Baru Bangi.
Turut hadir pada acara penyerahan kurma ajwa dan air mineral adalah YBhg Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan KL; Yang Berusaha Puan Nur Fatin Dato’ Seri Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Kumpulan Brahim’s Dewina; Yang Berusaha Ustazah Norhayati Zainudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid; Ustazah Fadhilah Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid; Cik Izia Linda Yahya, Team JAWI Food Bank; Tuan Syed Hassan Syed Ali, Timbalan Pengurus Besar Dewina Food Industries Sdn Bhd dan En Radhi, Human Resource Dewina Food Industries Sdn Bhd.