CSR kepada Pelajar yang Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pada 08 Jun 2021 En. Zanal Abdin Mohd Nor, Pengurus Wilayah mewakili Desatera Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan kepada para mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumbangan ini adalah terdiri daripada makanan dan minuman ringan yang telah diserahkan kepada Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia mewakili bagi pihak mahasiswa UKM.
Sumbangan ini merupakan tanggungjawab sosial korporat pihak syarikat bagi membantu mahasiswa khususnya yang berada kampus. Semoga para mahasiswa terus cekal dan gigih berusaha untuk cemerlang dalam pengajian mereka.