#BrahimsCares 3500 penduduk PPR Lembah Kelang terima sumbangan makanan Gerak Rezeki (Mobile Meals)
Kira-kira 3,500 penduduk golongan B40 yang tinggal di kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Kelang akan menerima sumbangan makanan berbuka puasa dan air mineral melalui Program Prihatin #Brahim’sCares – Gerak Rezeki (Mobile Meals) dari Baitul Hayati Foundation, Kumpulan Syarikat Brahim’s Dewina dengan kerjasama Food Aid Foundation.
Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Ibrahim dan En Rick Chee dari Food Aid Foundation pada 22 April 2021 di Apartment Putra Ria Bangsar, Kg Abdullah Hukum, Off Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.
Empat kawasan yang telah dikenalpasti untuk diedarkan makanan sepanjang Ramadan ini adalahlah:
1. Apartment Putra Ria Bangsar, Kg Abdullah Hukum,
Bangsar, Kuala Lumpur
2. PPR Jelatek, Kuala Lumpur
3. PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur
4. Flat Sri Kota, Persiaran Ikhlas, Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur
Sebanyak 200 pek makanan akan diedarkan kepada golongan itu setiap hari bermula 22hb April hingga 12hb Mei 2021, dan pada hari pelancaran 400 pek telah diedarkan.