Buka Puasa Dengan Anak-Anak Yatim
Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Brahim’s Dewina Bersama-sama Anak Yatim
Satu majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang telah diadakan di perkarangan pejabat Dewina Holdings Sdn Bhd pada 30 Mei 2019.
Seramai 40 orang anak-anak yatim diraikan dengan jamuan berbuka puasa dan sumbangan wang.
Dato’ Seri Ibrahim, Puan Nur Fatin serta kakitangan pengurusan Kumpulan Brahim’s Dewina juga turut hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut.