Zakat Yayasan Veteran ATM & Zakat Perniagaan 2020
Pada 20 Oktober 2020, YBhg. Dato’ Seri Hj Ibrahim Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dewina dan YBhg. Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi, Pengurus Besar / Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd telah hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) kepada Veteran ATM B40 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira. Pihak syarikat telah memberikan sumbangan zakat berjumlah RM 100,000 kepada golongan Veteran ATM B40. Sumbangan tersebut merupakan antara tanggungjawab Sosial Korparat syarikat kepada golongan yang memerlukan seperti Veteran ATM B40.
Selain itu, pihak syarikat telah membuat pembayaran zakat perniagaan tahun 2020 sebanyak RM 100,000. Jumlah tersebut telah dibahagikan kepada 5 buah negeri : Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
“Jika engkau telah tunaikan zakat hartamu, maka engkau telah menghindari kejahatannya daripadamu.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim) dan juga sebuah hadis lain: “Sesungguhnya Allah telah memfardukan zakat sebagai pensuci kepada harta.” (Riwayat Al-Bukhari).