Xpedisi #37 Magical Sarawak
Pendakian ke Gunung Kelambu Lang dan menjejaki Kelambu Lang Waterfall mengambil tempat pada 8 Jan 2023. Kesemua peserta pastinya teruja untuk melalui satu lagi pengalaman pendakian sebuah Gunung yang terletak berhampiran Taman Negara Bako. Ceria..bersemangat dan penuh keseronokan mengisi setiap ruang waktu pendakian berlangsung. Pastinya kesempatan mengunjungi Kelambu Lang Waterfall paling di nantikan kesemua peserta kerana ia menyajikan pemandangan yang cukup “rare” dengan keindahan sungai yang berwarna kemerahan dan kehitaman serta keunikan alam semulajadi yang tersimpan kukuh di bumi Sarawak. Tahniah kepada kesemua peserta dan terima kasih kerana sudi bersama Brahims Outdoor Adventure Team.