Xpedisi #36 Berakit Ke Langit 2: Kampung Pangsun Hulu Langat Selangor
XPDC Berakit Ke Langit 2: Kampung Pangsun Hulu Langat Selangor 10-12 Disember 2022.
Sebuah pengembaraan menakjubkan yang dilalui hampir 40 peserta merentasi Sungai Langat sejauh 15km dengan aktiviti berakit yang memberikan satu kenangan terindah dalam XPDC penutup Brahim’s Outdoor untuk tahun 2022. Sebahagian dari pelbagai aksi peserta XPDC yang sempat di rakamkan ketika aktiviti berakit. “Trek” berakit Sungai Langat menjanjikan satu cabaran yang cukup dengan pelbagai “ramuan” seperti beberapa jeram yang berbahaya, kawasan selekoh yang memerlukan kawalan rakit yang sempurna, keadaan sungai yang dalam dan juga cetek serta laluan berakit yang panjang dan melelahkan. Tahniah kepada kesemua peserta yang berjaya menamatkan aktiviti berakit dengan jayanya. Sebuah pengalaman yangg cukup manis dan berharga untuk dikenang sampai bila-bila. Semestinya terbaik hanya dari Brahim’s Outdoor Adventure Team.
Tidak lengkap XPDC Brahim’s Outdoor tanpa activiti hiking. Activiti hiking santai mengisi program hari kedua XPDC Berakit Ke Langit 2 dimana para peserta hiking ke Lembah Beringin Waterfall yang cukup cantik dan sesuai untuk mandi manda serta bercamping.
Pastinya kesemua peserta sangat teruja menikmati keindahan alam, kedamaian serta kesejukan air terjun Lembah Beringin yang dingin.
Read more…