Xpedisi #32 Gunung Gagau Tasik Kenyir Terengganu
XPDC Pendakian Gunung Gagau Tasik Kenyir Terengganu 23-25 Julai 2022.
Misi menawan Gunung Gagau yang “rare” disempurnakan penuh bergaya oleh pendaki-pendaki Brahim’s Outdoor Adventure Team.
Sebuah perjalanan panjang yang sarat dengan seribu kemanisan dalam misi penakluki puncak Gunung Gagau yang jarang dikunjungi oleh para penggiat aktiviti pendakian gunung di Malaysia.
TAHNIAH! diucapkan kepada kesemua peserta yang cukup berani menyahut cabaran “menggagau” di Gunung Gagau.
Kesemua 30 peserta sudah pun bersedia menyahut cabaran untuk menawan puncak Gunung Gagau dalam XPDC Brahim’s Outdoor yang ke 7 untuk sesi 2021/2022.
Perjalanan yang panjang menaiki bot laju untuk ke starting point dan hampir 9 jam perjalanan dari starting point untuk tiba ke campsite merupakan cabaran awal yang akan dilalui oleh kesemua peserta XPDC.
Pelbagai makanan dari Brahim’s seperti Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol, Nasi Goreng Ikan Masin, Bubur Ayam, Bubur Lambuk, Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan pelbagai produk lain menjadi juadah yang akan dinikmati oleh para peserta XPDC ini.
Semoga urusan pendakian XPDC Gunung Gagau ini dipermudahkan. Ameen.
Read more…