Xpedisi #25 Berakit Ke Langit, Jelebu Negeri Sembilan
Brahim’s Outdoor- Expedisi Berakit Ke Langit 10 Oktober 2020
XPDC Berakit Ke Langit yang menggabungkan aktiviti berakit merentasi Sungai Teriang serta pendakian ke Puncak Bukit Batu Beras yang julung kali dianjurkan oleh Brahims Outdoor berlangsung dengan penuh bergaya..meriah.. serta meninggalkan kenangan terindah buat kesemua lebih 80 peserta termasuk penduduk kampung Sg. Buluh yang turut serta dalam XPDC kali ini. Pelbagai ragam penuh ceria dapat dIlihat sepanjang XPDC berlangsung.
Aktiviti berakit merentasi Sungai Teriang melibatkan keseluruhan lebih 80 peserta merupakan aktiviti utama XPDC Brahim’s Outdoor kali ini. Dengan 10 rakit tersedia, pengalaman mengemudi rakit yang dibuat daripada buluh ke hilir sungai Teriang menguji kerjasama ahli setiap rakit dalam memastikan rakit di “pandu” dengan baik agar tidak tenggelam atau lari dari laluan “trek” Sg. Teriang. Sebahagian dari berbagai rakaman aksi cemas..ceria…gelak ketawa dan kerjasama semua peserta sempat dirakamkan oleh lensa kamera Asjad Al Amin. Pastinya pengalaman yang sangat berharga ini menjadi kenangan terindah khususnya buat mereka yang pertama kali merasai keseronokan berakit.
Read more