Xpedisi #19 Houseboat Tasik Kenyir Terengganu
Brahim’s Outdoor- Expedisi Houseboat Tasik Kenyir Terengganu 23-25hb November 2019.
Pelayaran XPDC Houseboat Brahim’s melabuhkan layarnya penuh dengan kenangan terindah dalam suasana kekeluargaan sarat dengan kasih sayang sesama insan. Keindahan Tasik Kenyir ternyata memukau pandangan setiap saat berlalu bagaikan sebuah syurga dunia yg penuh dengan ketenangan dan kedamaian. Alam semulajadi dengan kecantikannya yang disajikan oleh Tasik Kenyir adalah satu anugerah terindah dari yang maha esa untuk kita syukuri dan hargai.
Tidak sempurna XPDC Brahim’s tanpa aktiviti hiking/trekking. Mendaki ke Bukit Taat di mana terletaknya pokok melunak yang amat besar sehingga memerlukan seramai 25 orang mengelilingi lilitan pohon ini.
Gua Bewah adalah antara gua yang terdapat di Tasik Kenyir. Menyusuri trek di dlm gua bagaikan kembali ke zaman dahulu kala yang sarat dengan elemen-elemen sejarah peradaban manusia suatu masa dahulu yang mendiami kawasan Tasik Kenyir.
Satu pelayaran yang sukar diungkapkan dengan kata-kata oleh setiap peserta XPDC. Satu lagi memori terindah bersama Brahim’s Outdoor tersimpan kemas di lubuk hati.
Air terjun saok setinggi 7 tingkat antara tarikan teristimewa di dalam XPDC kali ini.
Hidangan istimewa daripada produk Brahim’s juga tidak lupa disediakan.