Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Pada 4 Januari 2021, YBhg Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi, Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan 30,000 keping pelitup muka di Maktab Tentera Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, Sungai Besi. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada YBhg Dato’ Mohd Shaifuddin Mohd Shariff selaku Komandan Maktab Tentera Diraja.
Manakala En. Zukarnain Zulkiffli, Pengurus Outlet telah menyampaikan sumbangan pelitup muka sebanyak 600 kotak daripada syarikat kepada MkAB pasukan Malbatt di Rumah Masak dan Sajian Kem Batu Kantomen, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Sumbangan pelitup muka tersebut telah disampaikan pada 13 Januari 2021 kepada pegawai bertugas iaitu Sarjan Peter Anak Jeblin.
Sumbangan pelitup muka ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kos pembelian yang ditanggung oleh pihak ATM dalam menangani wabak Covid-19. Sudah menjadi kelaziman pihak syarikat untuk menunaikan Tangunggungjawab Sosial Korporat disamping menyokong barisan hadapan dalam menghadapi situasi mencabar pada masa kini. Semoga sumbangan ini dapat menzahirkan semangat kebersamaan antara kita semua bagi memerangi pandemik Covid-19.