Program Penyerahan Kurma Medjoul dari Palestine dan Air Mineral
Program Penyerahan Kurma Medjoul dari Palestine dan Air Mineral tahun 2024.
Dato’ Seri Ibrahim Haji Ahmad telah menyerahkan sumbangan Kurma kepada YBhg Dato’ Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada hari ini 8 Mac 2024.
Program ini adalah merupakan tradisi Kumpulan Brahim’s Dewina sejak tahun 2020 dimana Kumpulan Brahims Dewina akan “sedeqah Buah Kurma” pada hari pertama “Buka Puasa” kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga sekitar Hulu Langat/Bandar Baru Bangi dan Putrajaya.
Pada tahun ini pihak Brahim’s telah mengimport kurma Medjoul dari Ladang di Palestine, Alhamdulillah. Walaupun pelbagai cabaran, akhirnya kurma dari bumi Palestine tiba di tanah Malaysia. Kami jamin, kurma ini 100% dari Palestine.
Sebanyak 179 karton kurma seberat 5 kg dan juga 840 karton air mineral telah dan bakal kami edarkan kepada seluruh masjid di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).
Tidak dilupakan Masjid di bawah Kawasan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sebanyak 24 karton dan 120 karton air mineral telah diedarkan semalam. Selain itu, sebanyak 53 karton dan 168 air mineral juga telah diedarkan di surau-surau sekitar Kawasan Bangi ini.
Alhamdulillah, semoga rezeki ini dapat dikongsi bersama dengan semua yang berbuka puasa di masjid ataupun surau yang telah diedarkkan sempena Ramdhan ini.
Turut hadir bersama pada majlis penyerahan kurma ini adalah Puan Nur Fatin Dato’ Seri Ibrahim, Pengarah Kumpulan Brahim’s Dewina Holdings Sdn Bhd dan Ketua-Ketua Jabatan Kumpulan Brahim’s Dewina.
Terima kasih daun keladi kepada YBhg Dato’ Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Team JAWI yang sudi hadir ke Brahim’s pada hari ini.
Salam Ramadan!