Preview Hidangan Nostalgia Ramadan oleh Dapur Brahim’s di Randau Rasa UKM Bangi
Bangi, Selangor, 18 Februari 2025 – Dapur Brahim’s menghidangkan kulinari istimewa yang menampilkan lebih daripada 100 hidangan lazat yang diinspirasikan daripada tradisi Ramadan Malaysia di ‘Preview Nostalgia Ramadan’.
‘Preview’ eksklusif ini memberikan gambaran awal tentang keaslian rasa dan pengalaman istimewa hidangan Nostalgia Ramadan yang menanti para pengunjung di Randau Rasa, Bangi sepanjang bulan yang mulia ini dengan menu yang dirancang teliti untuk hidangan juadah tradisional Ramadan. Hidangan Nostalgia Ramadan ini menjanjikan pelbagai pilihan hidangan lazat, dari masakan klasik tempatan yang digemari ramai hingga ke sajian istimewa yang membangkitkan kenangan masakan keluarga di rumah.
Para tetamu berpeluang menikmati pilihan hidangan yang disusun rapi, termasuk ‘live station’ masakan secara langsung, saperti kari Melayu tradisional yang beraroma, sajian panggang yang memikat selera, serta pelbagai pencuci mulut dan minuman menyegarkan. Juadah berbuka puasa ini direka khas untuk membangkitkan kehangatan dan nostalgia saat berbuka puasa bersama keluarga.
Hidangan Nostalgia Ramadan ini berharga RM59.90 untuk dewasa, RM29.90 untuk kanak-kanak (6-12 tahun), dan RM39.90 untuk warga emas (60 tahun ke atas), manakala kanak-kanak bawah enam tahun boleh menikmati hidangan secara percuma. Tawaran ‘Early Bird’ turut tersedia pada harga RM49.90 untuk dewasa, sah untuk tempahan sehingaa 7 Mac 2025.