Majlis Penyerahan Kurma dan Air Mineral kepada JAWI Sempena Ramadan 2025
25 Februari 2025, Bangi – Encik Ahmad Fahimi Dato’ Seri Ibrahim, Pengarah Eksekutif Kumpulan Brahim’s Dewina telah menyerahkan sumbangan Kurma dan Air Mineral kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, KL (JAWI) YBhg Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, dan disaksikan oleh YBhg Kolonel Dato’ Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, dan Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi, Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd
Program ini adalah merupakan tradisi Kumpulan Brahim’s Dewina sejak tahun 2020 dimana Kumpulan Brahims Dewina akan “sedeqah buah Kurma” pada hari pertama Buka Puasa kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga sekitar Hulu Langat/Bandar Baru Bangi dan Putrajaya.
Pada tahun ini pihak Brahim’s telah menyediakan sebanyak 168 karton Kurma Ajwa seberat 5 kg, 142 karton Kurma Medjoul seberat 5 kg juga dan 1230 karton air mineral untuk diedarkan kepada seluruh masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI). Penyerahan ini telah diagihkan kepada 150 buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang. Ketua-Ketua Jabatan Kumpulan Brahim’s Dewina juga turut hadir bersama pada majlis penyerahan kurma ini.