Kurma dan air mineral percuma sempena Ramadan di surau dan masjid Lembah Kelang
Putrajaya: Sebanyak 130 buah masjid dan surau di Lembah Kelang menerima sumbangan kurma Ajwa dan air mineral dari peneraju makanan dan katering industri halal negara Syarikat Kumpulan Brahim’s Dewina bagi menyambut Ramadan tahun ini.
Sumbangan disampaikan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dewina, Datuk Seri Ibrahim Ahmad kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3 pada 17 March 2022.
Dato’ Seri Ibrahim berkata, sumbangan ini merupakan khidmat sosial koporat (CSR) tahun ke dua syarikatnya bagi memeriahkan sambutan Ramadan tahun ini.
Menurutnya,sumbangan itu diagihkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Katanya,sebanyak 2,000 kilogram kurma Ajwa dan 30,000 botol air mineral akan diagihkan kepada jemaah yang hadir di masjid dan surau ketika berbuka puasa dan solat sunat Tarawih.
“Sumbangan diserahkan kepada kepada wakil Jawi dan Jais untuk diagihkan kepada masjid dan surau terpilih, “katanya.
Pada tahun lalu di program sama, sebanyak 1,056 kilogram buah kurma Ajwa dan 28,080 botol air mineral telah disumbangkan kepada 127 buah masjid dan surau di Lembah Kelang.