Gerobok Rezeki
Jabatan Sumber Manusia, Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd (BSFS) menyediakan Bantuan Khas COVID-19 dengan mengambil pendekatan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dengan melancarkan projek ‘Gerobok Kongsi Rezeki’ (Food Bank Corner).
Gerobok Kongsi Rezeki adalah inisiatif dan Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Syarikat bagi membantu kakitangan yang memerlukan barangan keperluan asas. Melalui projek ini, barang keperluan tersebut akan ditempatkan di Jabatan Sumber Manusia bagi membolehkan kakitangan mengambil barang yang diperlukan secara percuma. Golongan sasaran adalah kakitangan yang tergolong dalam kategori asnaf, berpendapatan kurang daripada RM2500, mempunyai tanggungan yang ramai, golongan ibu/bapa tunggal dan juga kakitangan yang diberikan cuti tanpa gaji.
Projek ini telah dilancarkan pada 23 Oktober 2020 dimana pihak pengelola projek telah menerima sumbangan peribadi daripada pihak pengurusan dan kakitangan BSFS. Kesinambungan dari itu, Pengerusi Eksekutif Brahims Holding Berhad, Dato’ Seri Ibrahim Hj Ahmad telah menyalurkan sumbangan peribadi beliau bersama anak syarikat Brahim’s Holding Berhad – Dewina Holdings Sdn Bhd dan Desatera Sdn Bhd yang juga telah menyalurkan tanggungjawab korporat mereka dengan memberi bantuan berupa barangan asas bagi membantu meringankan beban kakitangan BSFS yang terjejas. Dato’ Seri Ibrahim berharap agar dengan pelaksanaan projek ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kakitangan yang mengalami masalah dan memerlukan bantuan, lebih-lebih lagi sepanjang pendamik Covid 19 .
Usaha murni ini amat dialu-alukan dan pihak BSFS merakamkan ribuan terima kasih diatas keprihatinan ini.
Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung kakitangan BSFS yang memerlukan. Sama- sama kita jaga kita, putuskan rantaian Covid-19 dan berdoa agar negara bebas dari ancaman bahaya ini dan industri penerbangan pulih seperti sediakala demi meneruskan kalangsungan syarikat.