GUNUNG KORBU & KORGA PERAK 27~29 April 2018
Gunung Korbu Gayong (Korga) Expedition with Brahim’s
27-29 April 2018
Cabaran dan nikmat pendakian ‘kejam dan zalim’ Gunung Korbu-Gayong (Korga)
KREDIT: CEKGHU SENAH
REVIEW XPDC Bersama Brahims
27 – 29.04.2018
50 orang
Pengalaman diri sendiri sepanjang ke Korga.
Alhamdulillah, selesai XPDC dengan pihak Brahims ke Korga pada minggu lepas. Nak coretkan sedikit kenangan sepanjang pendakian ini. Pada asalnya,memang bertanya diri sendiri, mampu atau tidak nak pergi ke sini. Track/laluan sepanjang ke sana pun cuma Google sikit-sikit jer.Bukan apa, nanti terlalu banyak sangat buat study, belum apa-apa dah tak nak pergi ke sana. Takut mental tak kuat lansung tarik diri.
Khamis 26.04.2018
Petang Khamis dah gerak dari sini ke Ipoh. Bermalam di The Roots Eco Resort di Tanjung Rambutan. Sempat jugalah mandi kolam petang tu dan merehatkan diri di sana sebelum esoknya bermula pendakian. Malam tu berjumpalah dengan Asjad@Sajat,jurugambar untuk sepanjang pendakian ke Korga. Dia pun berkongsi cerita tentang pengalamannya tahun 2016 semasa ke Korga. Hati dah terfikir mampu ke tidak ni nak sampai dua puncak. Berdebar,takut semua ada. Tawakal je la.
Jumaat 27.04.2018
Jam 7.00 pagi dah mula pendaftaran di resort. Masa ni jumpa kawan-kawan yang pernah join XPDC Brahims sebelum ni dan kawan yang baru. Sarapan disediakan. Banyak menu yang disediakan oleh pihak resort. Ada nasi lemak,roti bakar,telur rebus,bihun goreng, air panas dan jus.Suasana dah mula riuh-rendah dengan suara-suara peserta yang terlibat dengan XPDC ini. Selesai daftar, bergerak ke Empangan Sultan Azlan Shah untuk masuk ke kawasan kaki gunung. Yang kelakarnya, sebelum masuk ke situ kena \’declare\’ dulu semua barang yang kita bawa. Tapi, ktorg semua terus je masuk ke dalam. Jalan nak hala ke kaki gunung pun memang tak tau. Sudahnya abg MFairuzh Apai ExoCula masuk dan kejar ktorg semua untuk patah balik ke belakang dan \’declare\’ semua barang. Jadi patahlah balik ke pejabat hutan. Prosidur di pejabat hutan sebelum mendaki, pihak jabatan hutan akan minta semua IC untuk disemak sama ada nama kita ada dalam senarai ataupun tidak. Selepas tu, borang untuk kita \’declare\’ barang-barang. Jadi, kenalah punggah semua barang untuk diperiksa oleh pihak sana. Selesai semua barang dah diperiksa, ktorg semua bergerak balik ke kaki gunung.
Sebelum memulakan XPDC, ada ucapan daripada pihak Brahims Puan Fatin dan abg long Mohamad Fazil Othman. Bacaan doa daripada Syuk dan streching oleh Ben10. Selesai semua, lebih kurg jam 11.30 bergeraklah rombongan Cik Kiah menghala ke Kem Seroja. Pada peringkat awal, tracknya landai. Tak sampai 10 minit pun landainya. Hihihi.. Selepas dari tu, bermulalah \’kekejaman\’ berlaku. Ada pacak, ada landai sikit, ada lalu bawah batang kayu, kena masuk sungai. Yang terjatuh, tergolek segala macam aksi boleh tengok masa nak ke kem. Macam-macam gaya ada. Sampai kt kem jam 3.30 petang. Lidah pun dah nak sampai ke lutut. Baru sampai Kem Seroja, ke Korbu belum lagi..Letak beg dan tolong kawan-kawan yang sampai awal naikkan khemah untuk bermalam nanti. Khemah dah naik, rehatkan badan sementara tunggu kawan-kawan lain sampai. Dah settle semua, masa untuk makan dan mandi kat tepi sungai. Bagusnya kali ni, diselitkan sekali slot solat berjemaah. Selepas solat, rehat dan tidur sebelum nak mulakan hiking jam 12.00 tgh malam ke Korbu- Gayong. Nasiblah boleh tidur. Dapatlah tidur dalam 3 jam.
Sabtu 28.04.2018
Jam 11.30 mlm dah bangun dan siapkan barang apa yang perlu dibawa terutama makanan. Makanan kena cukup sebabnya jarak nak Korbu jauh. Semua peserta berkumpul di kawasan lapang. Mendengar taklimat daripada Bad dan abg Apai. Keselamatan sangat dititikberatkan terutama bila hiking waktu gelap. Headlamp dan air kena cukup. Sebelum bergerak ada bacaan doa dan streching. Jam 12.15pg seramai 50 orang line up bergerak ke Korbu. Setiap peserta dibahagikan kumpulan kecil dan dijaga oleh guide. Untuk sampai ke Korbu akan melalui Lata Kijang,Last waterpoint, Kem Botak dan Chuban. Semua bersemangat dan bergerak menghala ke Korbu. Tak sampai 10 minit berjalan,sekali sesat daa.. Silap jalan. Hihihi..Patah balik ke belakang.
Sepanjang dari Kem Seroja nak ke Lata Kijang,kebanyakkan track landai. Berhenti sekejap di permatang.Kira belum sampai tahap kejam. Kita layankan saja. Sampai di Lata Kijang,kawasan yang penuh dengan batu-batu. Walaupun gelap, tapi masih boleh tengok lagi kawasannya agak cantik. Dah rehat lebih kurang dalam 15minit,ktorg bergerak semula menghala le last waterpoint. Lebih kurang dalam 2 jam nak sampai ke last waterpoint. Kekejaman dan kezaliman Raja Bersiung pun bermula. Sepanjang jalan pacak dan pacak. Masa di sini memang air dan tenaga kena cukup. Track penuh dengan akar-akar yang berselirat jadi kena berhati-hati masa naik. Dalam jam 4.15pagi sampai. Tidur sekejap sementara yang lain sampai. Topup air sebab selepas dari sini dah tiada sumber air.
Jam 5.00 pagi menuju ke Kem Botak. Track tetap mantain kejam seperti biasa. Pacak sudah semestinya. Kali ni hiking nak tangkap gambar pun tak sempat. Harapkan gambar Si Sajat je la. Hahaha.. Sampai ke Kem Botak jam 6.06 pagi. Rehat dan makan kurma untuk lapik perut. Peserta mengerjakan solat berjemaah di Kem Botak. Masa ni,dapat tengok awan karpet yang tebal dan cantik. Hari pun dah cerah, masing-masing jadi model untuk tangkap gambar.
7.15pagi sambung semula mendaki ke Korbu melalui Chuban. Mula dari Kem Botak track menurun sedikit. Sekejap jer bagi harapan. Selepas dari tu kena panjat tangga. Lebih kurang 17 tangga. Sepanjang nak naik tu, melalui kawasan mossy. SubhanaAllah,cantik dan penuh misteri. Misteri tak misteri kena panjat juga tangga-tangga tu semua. Akhirnya..sampai juga ke puncak Gunung Korbu jam 8.40 pagi. Syukur alhamdulillah sempat sampai sebelum cut off. Tangkap gambar dan rehat kejap sebelum gerak ke Gayong. Dijangka dalam dua jam baru sampai ke puncak Gayong.
Gerak ke Gayong jam 9.20 pagi. Track lebih kurang sama macam dari Chuban nak ke Korga cuma kita akan melalui permatang. Banyak kawasan yang mossy dan tanah yang kita pijak tu lembut dan anjal. Siap boleh lompat-lompatlah. Hihihi.. Sampai ke puncak Gayong dalam jam 11 lebih. As usual, jadi model kejap dan bergambar ramai-ramai dengan bendera Brahims. Puas dah bergambar di puncak dan turun semula ke Korbu.
Alhamdulillah, seramai 28 orang sampai ke Korga daripada 50 orang. Turun semula ke Korbu, sampai situ jam 3.30 ptg. Masak dan makan guna produk Brahims. Siap ada orang buatkan teh panas dan cicah biskut. Heaven rasanya makan time tu. Makan ramai-ramai. Dah selesai untuk Korga, nak hadap plak time turun untuk sampai ke Kem Seroja. 4.15ptg gerak turun dari Korbu untuk sampai ke Kem Botak. Kena sampai Kem Botak sebelum gelap sebab track agak bahaya kalau dah gelap. Time nak turun, hujan renyai-renyai jadi step kena jaga sebab track licin bila nak turun guna tangga. Sampai Kem Botak jam 6.00 ptg. Minum air kejap dan turun ke Last Waterpoint. Track licin dengan akar kayu lagi,jadi memang ada ketika tergolek jugalah jatuh. Hehehe.. 6.50 ptg sampai Last Waterpoint. Topup air dan sambung balik turun jam 7.15mlm. Sebelum tu dah ada kumpulan yang lain gerak dulu.
Dalam kepala ni asyik fikir,bila nak sampai. Bukan apa,badan bau dah lebih dari bau kambing. Hahaha..Sampai Lata Kijang jam 8.45 mlm. Tengok kawan-kawan yang tidur atas batu sebab dah letih sangat. Cuba juga tidur, tak dapat. Yang dapat sakit badan jer.Hehehe..Semua dah sampai, jadi ktorg bergerak dari situ jam 9.15mlm. Tetiba dua orang kawan pening dan muntah sebab perut masuk angin. Jadi rehat sekejap, masak air panas dan bagi diorg makan. Tukang masaknya Yun Yun. Risau juga takut tumbang. Dah agak semua ok,gerak semula. Dekat jam 12mlm sikit lagi nak sampai Kem Seroja,disambut oleh Abg Apai dan Bad kat sungai. Siap ada paluan kompang lagi. Tak dapat kat mana-mana trip kecuali trip yang ni. Hilang segala penat sebab dah tau nak sampai kem. Sampai kem, terus mandi dan tidur.
Ahad 29.04.2018
Kemas kawasan khemah, sesi bergambar dan bergerak dari Kem Seroja jam 11.15pagi. Sampai di kawasan parking kereta jam 2.40 ptg. Bergerak ke pejabat hutan untuk \’declare\’balik barang dan sampah-sampah yang kita bawa dari campsite. Settle semua dan bergerak balik.
Kesimpulan:
Pengalaman yang sangat best dan manis. Krew-krew yang baik dan sangat menjaga semua peserta walaupun ada yang tipu ktorg.Hahaha..24jam hiking, boleh tercabut kaki dan lutut. Dalam \’kejam dan zalim\’ ada manisnya.
Manisnya bila berjaya menawan KORGA!!Manisnya bila semua selamat turun ke bawah dengan selamat!!
Manisnya bila dalam gambar semua cantik-cantik!!
Manisnya bila berkumpul semuanya macam 1 keluarga!!
Terima kasih Brahims
Terima kasih team Hiking.MY
Terima kasih kawan-kawan
Preparation
Flagging off participants
Expedition begins
Seroja~Campsite
The challenge begins
more challenges
Overnight at Camp Site
Feasting in the jungle
Time to chill
Track to Gunung Korbu
Gunung Korbu Summit
Track to Gunung Gayong (Korga)
Gunung Gayong (Korga) Summit
descending from the summit
Expedition ends
About Gunung Korbu & Gayong (Korga)
Gunung Korbu is filled with beautiful flora, providing opportunities for lovely sceneries.
Scenic view of jungle track to Korga
The view of Korga\'s peak is breathtaking.
Magical night view of Korga\'s peak.
Mount Korbu (Gunung Korbu) is a mountain in Hulu Kinta, Perak, Malaysia, about 25 km from Ipoh. It is the highest peak of the Titiwangsa Mountains, the southernmost section of the Tenasserim Hills.
Mount Korbu is also the second highest mountain in Peninsular Malaysia, standing at 2,183 meters. The highest peak is Mount Tahan at 2,187 meters in the state of Pahang. A reasonable level of physical fitness is required to conquer Mount Korbu and it is not recommended for first-time climbers. An average climber would need four days and three nights for a return trip. A local guide is needed to scale this mountain as the route is unmarked and climbers would get easily lost. Mount Gayong (2,173 m), fourth highest mountain in Peninsular Malaysia, can be reached in about an hour\’s trek from the peak of Mount Korbu.
Sinonim dengan gelaran KORGA, Gunung Korbu dan Gunung Gayong semakin menjadi kegilaan pendaki bagi salah satu destinasi wajib dalam aktiviti pendakian mereka. Terletak di tengah Perak, Gunung Korbu menjadi mercu tanda warga Ipoh khususnya Ulu Kinta.
Tingginya mencapai sehingga 7,162 kaki dari paras laut bersamaan 2,183 meter, Gunung Korbu adalah gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia, dan Pertama tertinggi di Banjaran Titiwngsa, manakala ke-7 tertinggi di dalam Malaysia.
Gunung Gayong pula mempunyai ketinggian 7,129 kaki dari paras laut, bersamaan 2,173 meter, merupakan gunung ke-4 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Lazimnya pendaki akan melalui kedua-dua puncak ini didalam 1 ekspedisi. Ini kerana puncaknya bersebelahan dan mengambil masa cuma 2 ke 3 jam sahaja merentasi permatang dari Korbu ke Gayong.
Source: Wikpedia & www.silveroutdoors.my
- Award
- Blog
- Brahim's Mountain Expedition
- Brahim's Outdoor
- Business
- Consumers
- Corporate Social Responsibility
- CSR Education
- CSR Employees
- CSR Foodisforsharing
- CSR Philanthropy
- CSR Relief
- Meat
- News
- NewsClippings 2016
- Newsclippings 2017
- Newsclippings 2018
- Newsclippings 2019
- Newsclippings 2020
- Newsclippings 2021
- Newsclippings 2022
- Newsclippings 2023
- Newsclippings 2024
- Noodles
- Photography
- Pizza
- Posts 2016
- Posts 2017
- Posts 2018
- Posts 2019
- Posts 2020
- Posts 2021
- Posts 2022
- Posts 2023
- Posts 2024
- Products
- Recipes
- Seafood
- Travel
- Uncategorized
- Vegetables
- Work