GUNUNG CHEMERONG, BEREMBUN & LANGSIR (CBL) TERENGGANU 11~13 August 2018

Gunung Chemerong, Berembun & Langsir (CBL) Expedition with Brahim’s
11-13 August 2018

Participants at Chemerong Waterfall
Participants at Chemerong Waterfall
Participants at Gunung Berembun
Participants at Gunung Berembun
Participants at Gunung Langsir
Participants at Gunung Langsir

Pendakian kejam tak kejam, jahat tak jahat dan zalim tak zalim, tetapi menjanjikan sesuatu yang indah untuk semua peserta.

KREDIT: CEKGHU SENAH

XPDC Bersama Brahim’s ke CBL
11-13 Ogos 2018
55 orang

Sebelum ni dah pernah kongsi pengalaman di Korga, kali ni nak kongsi plak pengalaman di CBL selama 3 hari 2 malam. Harap-harap janganlah ada yang muntah hijau masa baca.Hehehe.. Setiap kali nak pergi hiking jer, soalan pertama akan fikir boleh ke tidak sampai ke puncak. Boleh tak boleh bacalah sampai last karangan ni. Pengalaman diri sendiri sepanjang ke CBL.

Preparation

Jumaat 10.08.2018

Jam 6.30 petang, pendaftaran untuk peserta CBL dah dibuka di HQ Brahims. Ada yang dah mula mendaftar awal sebab ada setengah lokasi peserta jauh. Macam i ni, keluar dari rumah jam 8.00 malam, sampai ke HQ Brahims lebih kurang jam 8.30 malam. Peserta yang berdaftar pun tak ramai lagi sebabnya kalau mengikut tentative jam 10.00 malam baru bergerak dari sini. Proses pendaftaran berjalan lancar. Dapatlah berkenalan dengan peserta-peserta baru yang join ke CBL ni. Maklumlah i ni kan peserta ‘senior’..Hahaha.. Peserta lama tak perlulah nak dihulurkan salam perkenalan, sebab dah kenal pun. Jam 9 lebih, bas dah sampai. Pihak Hiking.my masih menunggu para peserta untuk mendaftar. Ada peserta yang pergi ke sana dengan menaiki van dan pengankutan sendiri.

Sebelum sesi bergambar, penyerahan bendera Brahims diserahkan kepada CEO Hiking.my daripada Puan Fatin. Selesai sahaja penyerahan bendera, bermulalah sesi paling ‘memenatkan’ sesi bergambar. Tak lain tak bukan jurukamera ktorg Si Sajat aka Asjad menjadi pilihan sekali lagi. Masyuk lagila selepas ni job. Sesi fotografi dengan Puan Fatin bersama dengan crew-crew Hiking.my serta semua peserta. Yang mana pergi dengan van dan pengangkutan sendiri x dapek la den nk nolong. Tunggu je la tangkap gambar di sana nanti. Selesai pendaftaran, jam 10.15 malam bas mula bergerak keluar daripada HQ Brahims. Baik-baik je semua peserta yang mengikuti XPDC ni, senyap je semua dalam bas. Tunggulah masa nak balik nanti. Semua bertukar kuasa.. Hehehe

cblDSC_7289
cblDSC_7257
cblDSC_7275
cblDSC_7281

Hutan Lipur Chemerong

Sabtu 11 Ogos 2018 

Alhamdulillah, kita orang semua sampai ke Hutan Lipur Chemerong jam 6.00 pagi. Semua peserta bersolat dan bersiap sebelum memulakan XPDC ke CBL. Yang mana nak mandi atau membersihkan diri, memang ada tandas dan surau yang disediakan oleh pihak di sini. Lengkaplah semua kemudahannya. Kebersihan kat sini, sendiri datang dan tengok. Jeng jeng… Peserta yang naik van dan drive sendiri pun dah mula sampai ke sini. Sementara nak tunggu sarapan sampai, pihak guide yang sedikan sarapan untuk ktorg semua. Ada peserta tengah bersiap barang-barang, ada yang pack semula barang sebab setiap peserta akan diminta untuk membawa daging kambing dan arang. Sebab nak dibakar kat campsite. Ada juga peserta yang berborak-borak, ada yang baru nk berkenalan, dan ada juga yang tengah mencari jodoh. Manalah tau dapat jodoh masa join XPDC ni.. Hahaha.. Untuk kali ni, ada 11 kumpulan dan setiap kumpulan perlu membawa stove, gas dan fly ke campsite. Bergilir-gilirlah dengan ahli yang lain. Sepanjang join trip dengan pihak Brahims ni, tak terasa pun beban sangat bila diarahkan untuk membawa barang-barang tu semua. Sebabnya bergilir-gilir dengan ahli yang lain. Secara tak lansung dapatlah kenal dengan ahli yang baru join trip Brahims. Walaupun asalnya kita tak kenal dengan semua peserta, tapi bila diarahkan untuk membawa barang-barang ni, berkongsi khemah dari situlah kita kenal. Tak kenal maka tak cinta. Yang dah ada isteri dan suami, jangan gatal-gatal nak bercinta kat sini. Babap nanti..Hahaha.. Dalam pada nak menunggu sarapan sampai, ada peserta yang menimbang beg. Yelah nak tau brp kg bawa beg sepanjang trip ni. Beg diri sendiri 17kg, beg Kak Suria 16kg, berat beg Yun Yun 23kg dan berat beg Abg Long 13kg. Pakai porter tapi beg berat juga..Hihihi..

Selesai pack semua barang, sarapan pun sampai. Agak lewat sedikit sampai sarapannya ke situ, sebab masalah teknikal. Pihak Hiking.my tak dapat nak contact guide di situ sebabnya line telefon tak berapa ada. Siapa lagi yang menyelamatkan keadaan kalau bukan Cekghu Senah. Sebabnya telefon dia je boleh contact guide tu. Peserta dijamukan dengan nasi lemak, air the O dan kuih. Bab makan memang tak dikomen sebab semuanya sedap.

cblDSC_7484-s
cblDSC_7334-s
cblDSC_7379-s
cblDSC_7407-s
cblDSC_7461-s

Chemerong Waterfall

Selesai bersarapan, semua peserta dikumpulkan.  Abang Apai memperkenalkan kami semua dengan guide yang akan mengikuti sepanjang XPDC ini.  Seramai 5 orang guide. Maaf ingat berapa orang je nama diorg. Guide memberikan taklimat kepada semua peserta, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan sepanjang pendakian ini. Sebelum mula XPDC, sesi warming up di ketuai oleh Amirul. Selepas itu, sesi bergambar dengan semua peserta 55 orang.

Jam 10.15 pagi, bermulalah pendakian yang kita sendiri tak tau tracknya macam mana. Pada awal pendakian, ktorg semua ‘disajikan’ dengan laluan bersimen. Semuanya senyum dan gembira. Habis sahaja laluan bersimen, ‘dihidangkan’ terus dengan laluan hutan. Ada naik ada yang turun tetapi tidaklah terlalu teruk sangat.

Lebih kurang 1 jam 15 minit sampailah ke Air Terjun Chemerong. RNR yang pertama. Bila beg diletakkan rasa beban tu hilang tetapi hanya untuk sementara. Sebabnya selepas ini, lagi mencabar laluan nak ke Kem Y untuk bermalam di sana. Untuk melihat air terjun ni, beg perlu diletakkan di bawah dan daki semula untuk melihat air terjun Chemerong.

Subhanallah, cantik sungguh pemandangan air terjun Chemerong. Macam dalam mimpi. Selama ni hanya melihat pemandangan dalam gambar jer, tapi bila tengok real sangat-sangat cantik. Melihat kawan-kawan halus macam semut (hakikatnya tidak) je dan siap berposing pemandangan dari bawah. Tanpa membuang masa, ktorg panjat batu-batu untuk naik ke atas. Di sini, perlulah berhati-hati sebab ada batu yang licin dan jika terlalu leka sehingga abaikan keselematan dikhuatiri boleh terjatuh ke bawah. Asalnya diberi masa oleh guide selama 20 minit sahaja untuk berehat dan merakamkan pengalaman di situ tetapi biasalah, manusia mudah lupa. Dari 20 minit terjadi la lebih kurang sejam di situ. Hahaha… Ada yang terjun tiruk, terjun tenuk, bergambar, macam-macam ragam dapat dilihat semasa di sini. Setelah dah diberi amaran manja oleh guide, maka semua peserta mula mengangkat ‘sauh’ untuk bergerak ke Kem Y. Di sinilah ‘azab’ dan ‘penyeksaan’ bermula.

cblScreenshot 2018-08-28 18.40.03
cblDSC_7492-s
cblDSC_7509-s
cblDSC_7580-s
cblDSC_7696-s
cblDSC_7651
cblDSC_7639-s

Bukit Taubat

Kami akan mula mendaki ke Kem Y untuk bermalam di sana. Sebelum sampai ke sana, kita semua akan melalui RNR kedua iaitu Bukit Taubat. Bila sebut perkataan taubat, maka boleh terbayang dah adakah kita akan bertaubat nasuha di sana? Atau taubat yang yok-yok jer? Track atau laluannya yang tersangatlah pacak, tegak kalau ada perkataan lain lagi dalam Kamus Dewan tu boleh digunakan lagi sebab nak menggambarkan keadaan tracknya sebelum sampai ke Bukit Taubat. Untuk orang-orang yang padu, yang laju, yang segala jenis yang, bias sampai ke situ kurang dari satu jam setengah. Sebabnya pacaknya, tegaknya, straightnya satu jam setengah tiada landai. Dengan bawa beg 17kg tak de maknanya nak dapat sejam setengah sampai ke atas. Hahaha… Yang penting ktorg semua enjoy the moments,padahal dah letih tu yang enjoy the moments. Antara peneman-peneman yang setia sepanjang XPDC ni Abg Long dan Kak Suria. Adalah juga yang lain Shah dan Abg Rais yang bergerak bersama-sama sepanjang naik ke Bukit Taubat. Soalan yang asyik ditanya, bila nak sampai Bukit Taubat. Dalam pertengahan sebelum sampai ke Bukit Taubat, ada peserta yang kakinya kejang. Mungkin terlalu lama berjalan atau mendaki. Di sinilah dapat dilihat, semuanya sama-sama membantu termasuk pihak crew. Ada yang kelam kabut bawa keluar ubat, krim untuk nak disapukan di bahagian betis yang kejang tu. Sempatlah juga snap gambar masa tu. Hehehe..

Alhamdulillah, semuanya selesai dan boleh bergerak semula mendaki.

Dari jauh dah nampak papan tanda kuning yang tulis Bukit Taubat, lega rasanya sebab dah sampai. Memang terasa ‘taubat’nya di situ bila sampai. Patutnya dinamakan Bukit Taubat, memang taubat habis. Ada juga peserta dan crew yang dah sampai di Bukit Taubat. Tengok muka diorg pun dah macam apa je disebabkan penangan Si Taubat ni termasuklah muka diri sendiri. Sambil-sambil rehat, mata dah tengok track belakang papan tanda tu. Hrmmm…pacak sangat ni. Hadap je la, elok-elok boleh duduk rumah gatal-gatal datang sini. Nak tak nak kena naik juga. Nak patah balik pun sama juga jauhnya. Hahaha…

Selepas lebih kurang 30 minit, setelah puas berkenalan dengan Si Taubat maka angkatlah semula ‘sauh’ dan ktorg kena panjat tangga kayu yang disediakan di situ. Tengok dari pandangan bawah memang tegak betul. Memang pacak juga, kalau landau pun boleh dikira berapa langkah je landainya. Layan…

cblDSC_7722-s
cblDSC_7732-s
cblDSC_7755-s
cblDSC_7740-s
cblDSC_7762-s
cblDSC_7803-s

Campsite Kem Y

Kurang daripada sejam, sampailah kami ke Kem Balak iaitu RNR ketiga. Sebelum sampai ke Kem Balak perlu meniti titi yang disediakan. Di situlah kami berehat, makan tengahari dan bersolat. Terdapat anak sungai yang penuh dengan anak-anak ikan, mak-mak dan bapak-bapak ikan. Berebut-berebut ikan makan bila dicampakkan roti. Berehat di situ sehingga jam 3.30 petang dan bergerak semula untuk ke Kem Y.  Laluan atau track nak ke Kem Y landai dan ada yang perlu didaki Cuma tidak seteruk Si Taubat tadi. 

Jam 4.30 petang, sampailah kami ke Kem Y RNR keempat dengan selamat dan dengan gembiranya beg dah boleh letak. Hahaha.. Dari bermulanya kawasan tempat letak kereta hingga ke Kem Y mengambil masa lebih kurang 6 jam 15 minit. Ini untuk diri sendirilah. Kalau yang padu dan laju, kurang daripada 6 jam atau sejam. Yang tu hebat sangat ni. Hahaha…Bezanya trip kali ini, apabila sampai ke campsite beg besar ditinggalkan dan hanya perlu membawa beg 10L sahaja. Tetapi kali ini, sepanjang masa membawa beg besar sebabnya dua tempat kita akan bermalam. So janganlah harap beg akan menjadi ringan lagi.

Di Kem Y, semua peserta akan bermalam di sini. Sesampainya di sini, semua peserta sedang sibuk mendirikan khemah untuk bermalam. Peserta lelaki membantu peserta perempuan mendidikan khemah. Selesai semua, berehat sekejap dan pergi mandi. Kalau masa di Korga bau badan dah macam kambing, yang kali ni lagi lebih dari kambing baunya. Cukuplah untuk diri sendiri yang dapat bau. Hahaha… Rasa segar badan bila dah mandi, mulalah perut pun dah bagi isyarat pada otak supaya dapat ditafsir bahawa perut perlukan makanan. Semua peserta perlu beri daging kambing yang dibawa tadi untuk dibakar sebagai menu makan malam. Ada yang dah mula memasak makanan Brahims, ada yang makan Maggi, tetapi kebanyakkannya semuanya masak dan makan makanan Brahims sebab mudah dan sedap. Yang penting kenyang. Aktviti malam adalah bebas. Selesai makan, rehat dan tidur yang mencukupi kerana untuk keesokkannya kita semua akan mulakan pendakian ke Lansir.

cblDSC_8151-s
cblDSC_7821-s
cblDSC_7807-s
cblDSC_7860-s
cblDSC_7923-s
cblDSC_7912
cblDSC_7967-s
cblDSC_7837-s
cblDSC_8054
cblDSC_7920-s
DSC_7997-s
cblDSC_8005
cblDSC_8034-s

Menuju Langsir

Ahad 12 Ogos 2018 
Jam 6.00 pagi, peserta dah mula bangun untuk menunaikan solat subuh. Suasana yang hening dan sunyi bila berada di situ. Air sungai pun sejuk jer. Siap gigil lagi. Jam 9.00 pagi dah dimaklumkan akan bergerak daripada Kem Y menuju ke Lansir. Sebelum bergerak, kami semua bersarapan dan semestinyalah menggunakan Adventure Pack dari pihak Brahims. Panaskan saja air dan rendam selama tujuh minit dan siap untuk dimakan. Ada bakat x jadi duta? Hahaha.. Selesai makan, khemah diturunkan dan kawasan persekitaran dibersihkan sebelum memulakan pendakian. Apabila semua dah selesai, semua peserta dikumpulkan dan diberi taklimat oleh guide. Apa yang dimaklumkan oleh crew, track untuk hari ni tidaklah seteruk seperti semalam. Katanya la.. Hrmmm…

Bergerak daripada Kem Y jam 9.00 pagi. Dari Kem Y nak ke Lansir ada empat RNR nak ditempuhi. Untuk pengetahuan semua, sebarang coverage memang tiada di sini yer. Guna la berapa banyak G atau signal pun tetap tiada. Harap maklum. Hahaha… Acara pendakian pun bermula, menurut guide lebih kurang 15 minit kami semua boleh melihat pokok Meraga Berlubang. Menurutnya lagi, kami dilarang untuk memanjat pokok tu demi menjaga khazanah tersebut. Ye la, untuk tatapan ank cucu kita pada masa akan datang juga jika pokok Meraga Berlubang ni dijaga elok. Sampai je di situ, memang berlubang-lubang pokoknya dari bawah sampai ke atas. Nak masuk dalam pokok tu pun boleh. Nak bergambar macam mana pun boleh asalkan tidak memanjat pokok Meraga. Selesai bergambar, kami pun bergerak menuju ke Lansir.

cblDSC_8160-s
cblDSC_8173-s
cblDSC_8190-s
cblDSC_8194-s
cblDSC_8219-s
cblDSC_8182-s

Bukit Celcom

Dalam mendaki ke Bukit Celcom, track yang kami lalui ada yang naik dan turun. Pada peserta yang laju dan berdesup macam kuda tu, dah memang terang-teranglah sudah bergerak ke hadapan berbanding kami yang slow and steady ni. Bak kata Abg Long, enjoy the moments. Tiada apa yang nak dikejarkan. Hihihi.. Lebih kurang sejam mendaki, maka sampailah kami ke RNR seterusnya iaitu Bukit Celcom. Di Bukit Celcom sahaja ada yang ada coverage, tetapi bukan semua hanya CELCOM sahaja. Dah nama pun Bukit Celcom, mestilah CELCOM je yang dapat. Maaf ye untuk coverage yang lain. Kat sini, sempatlah buat panggilan dan membalas wassup. Sementara ada line tapi tak la kuat sangat coveragenya. Bolehlah, janji dapat buat panggilan. Lebih kurang 15 ke 20 minit rehat, kami teruskan lagi pendakian ke RNR yang lain iaitu Berembun Kecil dan seterusnya Puncak Berembun . Tetap sama tracknya ada yang naik, ada yang turun tetapi tak seteruk Si Taubat. 

cblDSC_8237-s
cblDSC_8225-s
cblDSC_8240-s
cblDSC_8228-s copy

Puncak Berembun

Sebelum nak sampai ke puncak Berembun, kami akan melalui Taman Bonzai. Memang cantik kawasannya, kat situ lama sikit berhenti sebab nak bergambar dan berselisih dengan pendaki-pendaki lain yang baru turun dari Lansir. Inilah dunia hiking, walaupun kita tak kenal antara satu sama lain, tetapi dengan minat yang sama, kita boleh bertegur sapa dengan mereka dan juga secara tak lansung dapat memberikan kita semangat untuk sampai ke sana. Walaupun sekadar hai dan memberikan salam sahaja tetapi impaknya hanya kita yang tau. Tracknya pun agak landai dan sedikit menaik sepanjang nak ke Berembun. Tidak sesusah semalam.

Sampai di RNR puncak Berembun lebih kurang jam 11 lebih. Rehat sebentar di situ sambil mengabadikan momen-momen indah dengan mengambil gambar. Kebetulan sampai di situ, ramai pendaki-pendaki yang lain berkumpul. Agak sesak dan penuh sehingga nak mengambil gambar pun terpaksa menunggu giliran. Dah macam di hospital pula. Hihihi.. Semuanya dapat diselesaikan dengan baik, kami semua bergambar dengan memegang bendera Brahims di puncak Berembun.

DCIM100GOPRO
cblDSC_8245-s
cblDSC_8260-s
cblDSC_8315-s
cblDSC_8282-s

Langsir

Jam 12.15 tengahari, kami meneruskan lagi pendakian ke Lansir. Menurut kata crew hanya 45 minit sahaja sampai ke sana dan tracknya menurun sahaja. Tetapi perlu berhati-hati semasa menurun ke sana.

Jam 1.15 petang, akhirnya sampai ke Lansir. Sebelum sampai ke Lansir, melalui Jeram Lesung. Kawasannya cantik dan airnya hijau dan tenang. Dah ada peserta-peserta yang terjun tiruk di situ.  Sesampai sahaja di Lansir, semuanya siap memasang khemah dan mula memasak untuk mengisi perut.

cblDSC_8418-s
cblDSC_8425-s
cblDSC_8442-s
cblDSC_8448-s
cblDSC_8468-s
DSC_8479-s
cblDSC_8496-s
cblDSC_8494-s
cblDSC_8527-s
cblDSC_8549-s
cblDSC_8558-s
cblDSC_8598-s
cblDSC_8676-s
cblDSC_8700-s
cblDSC_8714-s
cblDSC_8758-s
cblDSC_8746-s
cblDSC_8765-s

XPDC Ends

Isnin 13 Ogos 2018 

Hari ni hari terakhir ada di sini. Seeperti biasa, semua peserta dah mula bangun kira-kira jam 6.00 pagi untuk bersolat subuh dan membersihkan diri. Selesai solat, ada yang mula bergerak turun ke bawah untuk melihat matahari terbit. Dalam menunggu matahari terbit, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit. Rupanya Hanif terjatuh dari atas turun ke bawah. Semua terdiam dan kaku, sebab tergamam. Berguling badan dia. Masing-masing terkejut. Dari yang tengah sibuk berposing terus berhenti. Crew Hiking.my sepantas kilat turun ke bawah dan terus terpa ke Hanif untuk melihat keadaanya. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius. Sekadar luka-luka kecil dan sakit di belakang bahu. Mungkin terhentak di batu ketika jatuh tadi. Abang Long dan Abang Apai mengingatkan semua supaya berhati-hati dan jangan terlalu leka ketika bergambar. Tak dapat nak bayangkan sekiranya Hanif jatuh sampai ke bawah lagi. Dalam pada kita menikmati keindahan alam, bergambar tetapi aspek keselematan perlu dititikberatkan. Bila dah berlaku insiden tersebut, matahari terbit dah ke mana, apa ke mana. Sudahnya kami naik ke atas dan tinggallah peserta yang lain di sana.

Sampai saja ke khemah, kami terus menjerang air dan masak untuk sarapan pagi. Dijangka jam 10 pagi akan bergerak dari tapak perkhemahan turun ke kawasan letak kereta. Para peserta mula mengemas kawasan perkhemahan dan ada juga yang memasak untuk sarapan. Selesai sarapan, khemah dibuka bersama-sama ahli yang lain. Setelah selesai mengemas, kesemua crew melakukan pemeriksaan di kawasan sekeliling bagi memastikan tiada sampah yang ditinggalkan oleh semua peserta. Selepas itu, sesi bergambar berlansung sebelum bergerak pulang. Sedikit taklimat diberikan oleh pihak guide dan warming up di lakukan. Tepat jam 10.15 pagi, 55 orang line up bergerak menuju ke kawasan parkir kereta.

Dari kawasan Lansir, lebih kurang sejam kami akan menuju ke Sungai Bangan. Di sini ada yang mandi dan melakukan terjunan tiruk. Maklumlah selepas ini, peluang begini tidak tahu lagi bila boleh datang lagi. Ada peserta yang mula bergerak dahulu. Lebih kurang 30 minit, berehat kami mula bergerak. Melihatkan track dari Sungai Bangan ke Dataran Pasir boleh menyebabkan sakit tengkuk kerana pacaknya. Hahaha..Layan sahaja, janji sampai. Ada masa pacak, ada masa landai, ada masa naik sedikit, tapi lumrahlah bila mendaki. Memang begitulah yang perlu kita hadapi. Akhirnya sampai ke RNR Dataran Pasir yang mana kawasannya lapang sahaja. Kurang dari 15 minit berhenti, kami bergerak dari situ menuju ke Seraya Besar lebih kurang dua jam untuk sampai ke situ. Naik dan turun seperti biasa laluannya. Sampai Seraya Besar, barulah ada coverage telefon. Sempatlah semua membuat panggilan telefon di situ.

Kami bergerak lagi menuju ke Kem Balak. Di sana, kami makan tengahari dan bersolat. Berehat sambil menikmati keindahan alam di sini, dengan anak-anak ikan yang banyak di dalam sungainya. Ada yang menangkap gambar, ada yang tidur sekejap menghilangkan lelah. Terdapat juga kumpulan pendaki lain yang berada di Kem Balak.

Jam 2.45 petang, semua peserta bergerak semula meninggalkan Kem Balak. Melalui jalan yang sama dan sekali lagi berjumpa dengan Si Taubat yang bisa membuat orang lain taubat nasuha..Hahaha.. Jika hari Sabtu mendaki sepacak-pacaknya, tapi hari ni menurun je semua. Tetap faktor keselamatan perlu dijaga semasa menuruni bukit. Ini kerana, akar-akar kayu yang banyak berselirat sekiranya tidak berhati-hati. Alhamdulillah, sepanjang pendakian kali ini cuaca baik dan cantik. Jadi memudahkan kami semua untuk XPDC ini.

Jam 4.30 petang, kami sampai ke bawah di kawasan parkir kereta. Aktiviti pertama sampai je di bawah, tarik kerusi dan terus pesan air laici dan makan keropok lekor. Hahaha..Ada peserta yang dah selesai mandi bila kami sampai di bawah. Syukur alhamdulillah, semuanya selamat turun ke bawah.

Sebelum bergerak pulang ke Bangi, kebanyakkan peserta mandi dan membersihkan diri. Tepat jam 6.45 petang, bas mula bergerak keluar dari kawasan Hutan Lipur Chemerong.  Bergerak je bas semua muka bercahaya sebab line handphone dan ada. Apa lagi semuanya update status dan gambar di media sosial maisng-masing. Kami berhenti makan di RNR Temerloh lebih kurang jam 10.30 malam dan meneruskan perjalanan semula ke Bangi. Tepat jam 1.00 pagi sampai di HQ Brahims. Alhamdulillah, semuanya selesai dan selamat.

InSyaAllah, ada rezeki dapatlah berjumpa kembali kawan-kawan yang mengikuti XPDC akan datang.

Terima kasih pihak Brahims kerana beri peluang pada kami semua untuk mengikuti XPDC CBL kali ini. Crew dari pihak Hiking.my menjaga keselamatan dan banyak membantu sepanjang XPDC walaupun kena tipu pasal kes sotong. Hahaha… Terima kasih banyak-banyak. Banyak kenangan manis bila kita semua sama-sama bergerak sebagai satu keluarga, sedangkan kita semua tidak kenal antara satu sama lain. Kawan pun makin bertambah.

Masa pergi semua seperti orang asing, bila balik semua seperti satu keluarga.

#brahimsbestbestbest
#hikingmy
#tqbrahims
#tqcrew
#tqjurufoto
#tqkawan2

XPDC Ends

Isnin 13 Ogos 2018 

Hari ni hari terakhir ada di sini. Seeperti biasa, semua peserta dah mula bangun kira-kira jam 6.00 pagi untuk bersolat subuh dan membersihkan diri. Selesai solat, ada yang mula bergerak turun ke bawah untuk melihat matahari terbit. Dalam menunggu matahari terbit, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit. Rupanya Hanif terjatuh dari atas turun ke bawah. Semua terdiam dan kaku, sebab tergamam. Berguling badan dia. Masing-masing terkejut. Dari yang tengah sibuk berposing terus berhenti. Crew Hiking.my sepantas kilat turun ke bawah dan terus terpa ke Hanif untuk melihat keadaanya. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius. Sekadar luka-luka kecil dan sakit di belakang bahu. Mungkin terhentak di batu ketika jatuh tadi. Abang Long dan Abang Apai mengingatkan semua supaya berhati-hati dan jangan terlalu leka ketika bergambar. Tak dapat nak bayangkan sekiranya Hanif jatuh sampai ke bawah lagi. Dalam pada kita menikmati keindahan alam, bergambar tetapi aspek keselematan perlu dititikberatkan. Bila dah berlaku insiden tersebut, matahari terbit dah ke mana, apa ke mana. Sudahnya kami naik ke atas dan tinggallah peserta yang lain di sana.

Sampai saja ke khemah, kami terus menjerang air dan masak untuk sarapan pagi. Dijangka jam 10 pagi akan bergerak dari tapak perkhemahan turun ke kawasan letak kereta. Para peserta mula mengemas kawasan perkhemahan dan ada juga yang memasak untuk sarapan. Selesai sarapan, khemah dibuka bersama-sama ahli yang lain. Setelah selesai mengemas, kesemua crew melakukan pemeriksaan di kawasan sekeliling bagi memastikan tiada sampah yang ditinggalkan oleh semua peserta. Selepas itu, sesi bergambar berlansung sebelum bergerak pulang. Sedikit taklimat diberikan oleh pihak guide dan warming up di lakukan.

Tepat jam 10.15 pagi, 55 orang line up bergerak menuju ke kawasan parkir kereta.

Dari kawasan Lansir, lebih kurang sejam kami akan menuju ke Sungai Bangan. Di sini ada yang mandi dan melakukan terjunan tiruk. Maklumlah selepas ini, peluang begini tidak tahu lagi bila boleh datang lagi. Ada peserta yang mula bergerak dahulu. Lebih kurang 30 minit, berehat kami mula bergerak. Melihatkan track dari Sungai Bangan ke Dataran Pasir boleh menyebabkan sakit tengkuk kerana pacaknya. Hahaha..Layan sahaja, janji sampai. Ada masa pacak, ada masa landai, ada masa naik sedikit, tapi lumrahlah bila mendaki. Memang begitulah yang perlu kita hadapi. Akhirnya sampai ke RNR Dataran Pasir yang mana kawasannya lapang sahaja. Kurang dari 15 minit berhenti, kami bergerak dari situ menuju ke Seraya Besar lebih kurang dua jam untuk sampai ke situ. Naik dan turun seperti biasa laluannya. Sampai Seraya Besar, barulah ada coverage telefon. Sempatlah semua membuat panggilan telefon di situ.

Kami bergerak lagi menuju ke Kem Balak. Di sana, kami makan tengahari dan bersolat. Berehat sambil menikmati keindahan alam di sini, dengan anak-anak ikan yang banyak di dalam sungainya. Ada yang menangkap gambar, ada yang tidur sekejap menghilangkan lelah. Terdapat juga kumpulan pendaki lain yang berada di Kem Balak.

Jam 2.45 petang, semua peserta bergerak semula meninggalkan Kem Balak. Melalui jalan yang sama dan sekali lagi berjumpa dengan Si Taubat yang bisa membuat orang lain taubat nasuha..Hahaha.. Jika hari Sabtu mendaki sepacak-pacaknya, tapi hari ni menurun je semua. Tetap faktor keselamatan perlu dijaga semasa menuruni bukit. Ini kerana, akar-akar kayu yang banyak berselirat sekiranya tidak berhati-hati. Alhamdulillah, sepanjang pendakian kali ini cuaca baik dan cantik. Jadi memudahkan kami semua untuk XPDC ini.

Jam 4.30 petang, kami sampai ke bawah di kawasan parkir kereta. Aktiviti pertama sampai je di bawah, tarik kerusi dan terus pesan air laici dan makan keropok lekor. Hahaha..Ada peserta yang dah selesai mandi bila kami sampai di bawah. Syukur alhamdulillah, semuanya selamat turun ke bawah.

Sebelum bergerak pulang ke Bangi, kebanyakkan peserta mandi dan membersihkan diri. Tepat jam 6.45 petang, bas mula bergerak keluar dari kawasan Hutan Lipur Chemerong.  Bergerak je bas semua muka bercahaya sebab line handphone dan ada. Apa lagi semuanya update status dan gambar di media sosial maisng-masing. Kami berhenti makan di RNR Temerloh lebih kurang jam 10.30 malam dan meneruskan perjalanan semula ke Bangi. Tepat jam 1.00 pagi sampai di HQ Brahims. Alhamdulillah, semuanya selesai dan selamat.

InSyaAllah, ada rezeki dapatlah berjumpa kembali kawan-kawan yang mengikuti XPDC akan datang.

Terima kasih pihak Brahims kerana beri peluang pada kami semua untuk mengikuti XPDC CBL kali ini. Crew dari pihak Hiking.my menjaga keselamatan dan banyak membantu sepanjang XPDC walaupun kena tipu pasal kes sotong. Hahaha… Terima kasih banyak-banyak. Banyak kenangan manis bila kita semua sama-sama bergerak sebagai satu keluarga, sedangkan kita semua tidak kenal antara satu sama lain. Kawan pun makin bertambah.

Masa pergi semua seperti orang asing, bila balik semua seperti satu keluarga.

#brahimsbestbestbest
#hikingmy
#tqbrahims
#tqcrew
#tqjurufoto
#tqkawan2

cblDSC_8959-s
cblDSC_8893-s
cblDSC_8898-s
cblDSC_8901-s
cblDSC_8911-s
cblDSC_8916-s
cblDSC_8923-s
cblDSC_8935-s
cblDSC_8943-s