JOM SANTAI JANDA BAIK 23~25 November 2018

Jom Santai Janda Baik with Brahim’s
23-25 November 2018

 

Capturing the moments and memories of the highly spirited event at the closure of Brahim’s Mountain Expedition at Santai Riverside Janda Baik on 23-25 November 2018.

Au revoir…till we meet again next year!

Group photo before climbing
Group photo before climbing

Jom Santai tutup tirai ekspedisi Brahim’s

SEMUANYA bermula tahun lalu. Tarikh 11 dan 12 November 2017 menjadi detik permulaan program ekspedisi mendaki gunung anjuran syarikat Kumpulan Brahim’s Dewina (Brahim’s) yang merupakan peneraju utama makanan segera berkualiti premium.

Bermula dengan ekspedisi mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor pada tarikh tersebut, Brahim’s terus mengorak langkah menakluk puncak-puncak gunung di seluruh negara. Lebih mengujakan apabila setiap kali ekspedisi diumumkan di laman sosial Facebook, dalam tempoh beberapa jam sahaja, penyertaan terpaksa ditutup.

 

jomsantaijandabaik3 1

Ini menunjukkan betapa hangatnya sambutan orang ramai terhadap program yang dinamakan Xpedisi Pendakian Gunung Bersama Brahim’s. Majlis pelancaran program itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim’s Dewina Holdings Sdn. Bhd, Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi di Hutan Lipur Gunung Nuang pada November 2017.

SEMBILAN EKSPEDISI

Sejak detik itu, sebanyak 12 puncak gunung telah ditawan dalam sembilan ekspedisi melibatkan penyertaan 650 pendaki. Kesembilan ekspedisi itu melibatkan pendakian ke puncak Gunung Berembun (Negeri Sembilan), Rajah (Pahang), Ledang dan Arong (Johor), Korbu dan Gayong (Perak), Berembun (Terengganu), Stong, Ayam dan Baha (Kelantan) serta Batu Putih (Perak) pada 2018 selain Gunung Nuang.

 

jomsantaijandabaik2 1
 

Bagi meraikan kejayaan menakluk 12 puncak gunung dalam tempoh setahun, Brahim’s mengumpul lebih 100 pendaki dalam program Jom Santai Janda Baik yang diadakan di Santai Riverside, Janda Baik, Pahang pada 23 hingga 25 November 2018.

Selain pendaki, turut memeriahkan program anjuran Brahim’s itu ialah 35 anak yatim dari Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik. Kesemua anak yatim itu diraikan menerusi acara sukaneka dan cabutan nombor bertuah. Sajian enak daripada produk Brahim’s turut dijamu kepada kesemua peserta antaranya nasi lemak dan sambal bilis, barbeku kambing dan kuih-muih.

Pengarah Urusan Kumpulan Brahim’s Dewina Holdings Sdn. Bhd., Nur Fatin Ibrahim, berkata, selain meraikan kejayaan pendaki menakluk 12 puncak dalam sembilan ekspedisi, program itu juga adalah antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Brahim’s terhadap kebajikan anak-anak yatim dari Badan Amal Nur Zaharah.

“Kami mahu berkongsi kejayaan menakluk kesemua puncak gunung ini dengan anak-anak yatim. Mungkin satu hari nanti anak-anak yatim ini juga berminat mendaki gunung, sekali gus mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas,” katanya kepada S2.

jomsantaijandabaik1

Selain itu, katanya, program santai itu juga diadakan bagi mempromosikan aktiviti kembara dengan makanan sedia dimakan Brahim’s kepada sasaran baharu yang mengamalkan gaya hidup luar yang aktif seperti mendaki gunung, treking di dalam hutan, pacuan empat roda, berbasikal gunung dan berkhemah.

“Selain menawan puncak gunung, pendaki Brahim’s juga mengutip sampah di sepanjang laluan mendaki. Mereka juga membersihkan kawasan sekitar tapak perkhemahan. Ini juga antara inisiatif CSR Brahim’s.

“Sikap menghormati alam semula jadi dan persekitaran bukan sahaja perlu ditanam dalam kalangan pendaki Brahim’s, malah peserta dan pendaki gunung umumnya,” katanya.

Nur Fatin memberitahu, pendaki Brahim’s berjaya membawa turun kira-kira 300 kilogram sampah daripada kesemua ekspedisi yang dianjurkan pihaknya.

Menurutnya, inisiatif itu akan diteruskan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan pendaki dan penduduk setempat supaya saling bekerjasama dan membantu menjaga kebersihan kawasan gunung.

“Kita perlu menekankan keperluan untuk menangani masalah alam sekitar sambil mempromosikan aktiviti mendaki dan pengembaraan,” tegas Nur Fatin.

Dalam pada itu katanya, sampah-sarap yang dibawa turun akan dikumpul dan diasingkan kepada sampah jenis biodegradable dan sampah yang boleh dikitar semula sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhutanan di setiap lokasi untuk tindakan selanjutnya.

 

jandabaik5
jandabaik6
jandabaik7
jandabaik8
jandabaik9
jandabaik10