GUNUNG ARONG MERSING JOHOR 21-22 April 2018

Gunung Arong Mersing Johor Expedition with Brahim’s
21~22 April 2018

2018-04-24-PHOTO-00000444

XPDC Pendakian Bersama Brahims ke Gunung Arong, Mersing pada 21-22 April

Xpedisi Pendakian Gunung Bersama Brahims ke Gunung Arong Johor telah disempurnakan pada 21- 22hb April 2018. Delegasi seramai 40 pendaki dari Institut Perguruan Darul Aman Alor Star Kedah berjaya menyempurnakan misi menakluk puncak Gunung Arong.  Brahims Adventure Pack pastinya menjadi pelengkap kepada xpedisi ini. 

Tahniah kepada semua pendaki.

About Gunung Arong

 

Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Gunung Arong Tanjung Resang

Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Gunung Arong

Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Gunung Arong top view

Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Resang boulders Gunung Arong

Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Gunung ini adalah gunung ke-3 terendah didalam Negeri Johor, setinggi 898 kaki. Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing. Oleh kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang bukit ini dipanggil gunung. Gunung ini jelas kelihatan dari semua kawasan Tanjung Resang (Kelab OGKL, 2010).

Terletak 17km dari bandar Mersing, Gunung Arong hanya 40 minit dari bandar Mersing dan 1.5 jam hingga 2 jam dari Johor Bahru. Gunung Arong  baru-baru ini disenaraikan sebagai 10 tempat teratas yang mesti dikunjungi pelancong atau penggemar pendaki gunung di Semenanjung Malaysia. Pada cuaca yang baik kita boleh melihat pemandangan laut yang indah dari sudut pemandangan gunung dan laluan mendaki adalah agak mudah untuk berjalan kaki. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong yang merupakan hutan dipterokarpa tanah rendah.

Kawasan ini sesuai untuk aktiviti rekreasi seperti mendaki, perkhemahan dan menawarkan pelawat peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan juga mempelajari tentang jenis spesis pokok. Gunung Arong juga menyediakan pemandangan yang indah iaitu pantai yang berdekatan dan air laut yang biru. Dengan melakukan beberapa aktiviti di sana, ia akan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan peserta iaitu melalui aktiviti mendaki yang boleh meningkatkan stamina dan menguji ketahanan peserta. Program ini juga penting kerana ia memberi kesedaran dan pengetahuan kepada generasi muda bahawa tentang kepentingan untuk mengekalkan keaslian khazanah negara.

Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.  

As you walk through the lush greenery of this tropical rainforest you are serenaded by the beguiling symphony of the nature. Gunung Arong Recreational Forest offers a refreshing change of scene from the beaches and clear blue waters normally associated with Mersing. 

This reserve offers jungle trekking at low difficulty levels while still allowing you to enjoy the ambiance of the forest environment. Visitors can enjoy a picnic by a small waterfall before continuing to the summit of the mountain which boasts panoramic views of the surrounding forest and the ocean. Taking the coastal trekking route involves wading through water as well as walking over boulders and small wooden bridges, so it is best avoided for those looking for a simpler walk. A permit to climb the mountain for 15 people would set you back RM150 but you will have to pay extra if you’re looking to camp in the forest overnight.

Source: Jabatan Perhutanan Negeri Johor.